Wednesday 12 February 2014

Muhasabah Diri


Selamat pagi sahabat. Sihat? Hari ini 13 Februari 2014 bersamaan 13 Rabiul Akhir 1435. Allahu. Cantik tarikh ni kan saudari. Semua sedia maklum dalam islam ada banyak puasa sunat. Termasuklah 13, 14, 15 haribulan dalam bulan islam.

Kita disunnahkan berpuasa dalam sebulan minimum sebanyak tiga kali. Dan yang lebih utama adalah melakukan puasa pada ayyamul bidh,  pada hari ke-13, 14, dan 15 dari bulan Hijriyah (Qomariyah). okeyy.. Kenapa dipanggil ayyamul bidh? Sebabnya,cuba nanti korang tengok.. Setiap 15 haribulan, mesti bulan penuh kan? atau pun bulan purnama.

Untuk lebih lanjut. Cuba saudari baca di SINI
haa? dah tahu kan? jom berpuasa.. 

Isu puasa sunat itu sebagai mukadimah entry ana hari ini. Berbalik pada tajuk entry ana Muhasabah Diri. ye? kenapa dengan Muhasabah Diri ye... Kita semua sedia maklum, setiap amalan kita memerlukan niat. supaya apa yang bakal kita lakukan itu agar tujuan asalnya akan berbalik kepada Allah :) tapi kenkadang diri ini sering sangat alpa. Sering kali terlupa untuk tajdid niat :( lemahnyaaa...

Malam ni ana akan balik ke pangkuan UMK. hihi pangkuan gitu. Semalaman ana asyik terpikir. 
MALASYAAA
 Nak balik ke sana. TAPI! terlintas dalam hati. Apa tujuan aku ke sana? أستغفر الله‎.. Terus terdetik dalam hati. ana ke sana untuk menuntut ilmu. Menuntut ilmu tu jugak boleh diertikan sebagai jihad kecil kan? Tengok.. betapa penting nya tajdid niat. Lumrah kehidupan sebagai seorang muslim. Kita selalu diuji. maka kembalilah. Sebab syaitan selalu akan mencari jalan untuk menyesatkan kita. 

Ana teringat tafsiran al-Quran. 
"Dan tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada Ku." (Al-Zariyat: 56).

Aku cipta mati dan hidup untuk menguji dan mengetahui, siapakah di antara kamu yang lebih baik amalannya. (Al-Mulk : 2))

Paham.. yess! Beribadat. kita semua ni hamba Nya. Apa la sangat dengan ujian yang ditimpakan ke atas kita jika nak dibandingkan dengan nikmat yang diberikan. Allahu Akbar! Terlampau Pemurah bukan. Jadi, apa lah kiranya jika kita ni patuh kepada arahan Nya? 

Menuntut ilmu adalah satu kewajipan kan? Masa kita kat sekolah rendah, ustaz atau ustazah kita ada bagitau ilmu.. Terbahagi kepada dua, fardu ain dan fardu kifayah. Sebenarnyaaa, sangat banyak ayat al-Quran yang menyuruh kita untuk menuntut ilmu.ARTIKEL

So, kepada sesiapa yang ada perasaan macam ana.. Yang berat hati nak balik Universiti. Cuba antum semua tajdid niat.. Niat kita untuk menuntut ilmu. Bayang kan kalau kita meninggal dalam keadaan menuntut ilmu? Mati syahid sayang oii. Tamau ka? Takpayah bawa senapang. Takpayah keluar darah banyak. Seee how kindness is Allah. 
most Gracious, most Compassionate



No comments:

Post a Comment