Wednesday 12 February 2014

Muhasabah Diri


Selamat pagi sahabat. Sihat? Hari ini 13 Februari 2014 bersamaan 13 Rabiul Akhir 1435. Allahu. Cantik tarikh ni kan saudari. Semua sedia maklum dalam islam ada banyak puasa sunat. Termasuklah 13, 14, 15 haribulan dalam bulan islam.

Kita disunnahkan berpuasa dalam sebulan minimum sebanyak tiga kali. Dan yang lebih utama adalah melakukan puasa pada ayyamul bidh,  pada hari ke-13, 14, dan 15 dari bulan Hijriyah (Qomariyah). okeyy.. Kenapa dipanggil ayyamul bidh? Sebabnya,cuba nanti korang tengok.. Setiap 15 haribulan, mesti bulan penuh kan? atau pun bulan purnama.

Untuk lebih lanjut. Cuba saudari baca di SINI
haa? dah tahu kan? jom berpuasa.. 

Isu puasa sunat itu sebagai mukadimah entry ana hari ini. Berbalik pada tajuk entry ana Muhasabah Diri. ye? kenapa dengan Muhasabah Diri ye... Kita semua sedia maklum, setiap amalan kita memerlukan niat. supaya apa yang bakal kita lakukan itu agar tujuan asalnya akan berbalik kepada Allah :) tapi kenkadang diri ini sering sangat alpa. Sering kali terlupa untuk tajdid niat :( lemahnyaaa...

Malam ni ana akan balik ke pangkuan UMK. hihi pangkuan gitu. Semalaman ana asyik terpikir. 
MALASYAAA
 Nak balik ke sana. TAPI! terlintas dalam hati. Apa tujuan aku ke sana? أستغفر الله‎.. Terus terdetik dalam hati. ana ke sana untuk menuntut ilmu. Menuntut ilmu tu jugak boleh diertikan sebagai jihad kecil kan? Tengok.. betapa penting nya tajdid niat. Lumrah kehidupan sebagai seorang muslim. Kita selalu diuji. maka kembalilah. Sebab syaitan selalu akan mencari jalan untuk menyesatkan kita. 

Ana teringat tafsiran al-Quran. 
"Dan tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada Ku." (Al-Zariyat: 56).

Aku cipta mati dan hidup untuk menguji dan mengetahui, siapakah di antara kamu yang lebih baik amalannya. (Al-Mulk : 2))

Paham.. yess! Beribadat. kita semua ni hamba Nya. Apa la sangat dengan ujian yang ditimpakan ke atas kita jika nak dibandingkan dengan nikmat yang diberikan. Allahu Akbar! Terlampau Pemurah bukan. Jadi, apa lah kiranya jika kita ni patuh kepada arahan Nya? 

Menuntut ilmu adalah satu kewajipan kan? Masa kita kat sekolah rendah, ustaz atau ustazah kita ada bagitau ilmu.. Terbahagi kepada dua, fardu ain dan fardu kifayah. Sebenarnyaaa, sangat banyak ayat al-Quran yang menyuruh kita untuk menuntut ilmu.ARTIKEL

So, kepada sesiapa yang ada perasaan macam ana.. Yang berat hati nak balik Universiti. Cuba antum semua tajdid niat.. Niat kita untuk menuntut ilmu. Bayang kan kalau kita meninggal dalam keadaan menuntut ilmu? Mati syahid sayang oii. Tamau ka? Takpayah bawa senapang. Takpayah keluar darah banyak. Seee how kindness is Allah. 
most Gracious, most Compassionate



Monday 10 February 2014

Why I do wear a long scarf?

Wahh,ape yang ana nak kupas hari ini ye? hihi. lama sudah menyepi blog ni. hihi bila duduk kat rumah. adess, rasa tak rajin nak update blog ni. mesti dah bersawang sawang. 


Apabila ditanya.. mengapa bertudung labuh? 

Antara soalan yang sering diacukan

“kauu tu kecik je. Buat ape nak pakai tudung labuh? Kalau pakai tudung bawal biasa pun bukan nya Nampak aurat”
Hmm. Bertudung labuh ni, tak kiralah kita besar ke kecik ke. Itu antara jihad untuk diri sendiri.. ha? Jihad? Ape kena mengena jihad dengan tudung.

Okey let take it simple. Ada banyak jenis jihad kan? Cuba google. Mesti banyak senarai jihaddalam islam. Atau untuk lebih paham, Tanya pada yang arif, ustaz ustazah kalian di sekolah..

Okey, jihad ana di sini ialah jihad melawan nafsu. Bukan senang dik oii nak didik nafsu. Ana dulu pun pernah melalui jalan jahiliah. Amat susah untuk berubah ke arahyang lebih baik. Dari situ, terdetik dalam diri ana untuk istiqamah bertudung labuh. Menjaga batas dan pergaulan, ikhlas dalam beribadat.. In Shaa Allah.

Semestinya, bila kita ikut cakap Allah, Allah bagi kita pahala. Bila tutup aurat, dapat pahala tutup aurat. Bila tutup aurat dengan seikhlas hati pula, berlipat ganda pula ganjaran yang Allah bagi. Syurgalah akhirnya bila istiqamah, insyaAllah.
Dulu ana pernah memakai shawl. Tapi inidari persepsi ana yang memakai. Hmm, jujur ana sendiri tidak selesa. Bila sudah bertudung labuh. Alhamdullilah, ana rasa lebih dihormati. Lebih terjaga. Bukan nak tunjuk baik. Ya, bila kita pakai dengan ikhlas bermakna kita bukan nak menunjuk-nunjuk. Sebenarnya orang yang pakai tudung labuh ni, kebanyakannya nak berubah untuk jadi lebih baik. Salahkah untuk jadi orang baik? Takk kan? Hmm, korang pernah dengar tak.. 

Orang yang memperbaiki dirilah yang dinanti-nanti oleh Allah dan Rasulullah di akhirat untuk diberikan ganjaran Raudatul Jannah ( kebun-kebun Syurga ).

Nasihat ana kepada muslimah sekalian.. Tiada kejayaan bagi yang bertangguh. Kalau nak berubah azam kena kuat, azam yang kuat takkan bertangguh. Hari ni taubat nak tutup aurat, esoknya patutnya dah start cari tudung nak test2 pakai. Baru berubah perlahan2 lengkapkan yang lain. Ingat, syaitan tak pernah bertangguh untuk hasut kita berkali2 untuk lupakan niat kita.syaitan tak pernah berehat dari menyesatkan hati manusia. Lepas diri korang dah suci menangis airmata taubat, jangan bagi syaitan masuk line.

Seterusnya, banyak kan membaca bahan ilmiah. Dari situ akan timbul persoalan persoalan dalam di korang. Soo? Mana nak dapatkan jawapan? Senang sahaja. Lagi banyak ana membaca. Soalan tersebut akan terjawab dengan sendirinya. Tak percaya? Cuba lah ! J ingat wahyu diturunkan pada junjungan Nabi Muhammad dengan kalimah “Bacalah”. Haaa that’s mean? Reading is the most crucial thing...

Untuk lebih kukuh lagi, bertanya lah padayang lebih arif, kita ni perempuan kan? Selalunya segan kalau nak bertanya pada ustaz. Ustazah kan ada? Sebenarnya tak susah pun, Cuma kita je yang selalu bagi alasan. Lagi satu, bila dah berubah. Mesti ada yang macam duk ngata. Alahai, biaq pii dorang nak kata apa. Bukan kita menyusahkan diorang pun kan..
Takut hilang kawan? Sayang sayang ku sekalian, pepatah melayu kana da cakap yang patah tumbuh yang hilang bergantii.. so why you so worried? Allah bersama dengan kita kan? Kita berubah sebab Allah kan? So apa kata kita jadikan Allah sebagai tempat mengadu kasih macam kawan kita tu dulu. BUTT apasalahnya kita berdoa la pada kawan kita tu, supaya menjejaki langkah kita. Takpun kita boleh berdakwah kat diorangJ kita tolong agamaAllah. Tak rugi pun kita tolong agama Allah.


Lahaaai!tak sangka panjang dah berceloteh. Hiks, ana ada kerja. Nanti bila bila ana update. salamalayk



So in a nutshell. Terujalah bertudung labuh